Hari-hari Yang Pasti



akhi…

bukan ana tidak mahu memandang wajah akhi, tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi suatu hari nanti..
hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirikkan senyuman pada akhi, tapi ana selalu tersenyum didalam hati, agar senyuman ini ‘mahal’ di hari cincin di sarungkan ke jari..

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada akhi, tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti, ana tak perlu bertanyakannya dan ana sentiasa mengetahuinya di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu bercakap dengan akhi, tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana, ketika mana ana dan akhi ‘bukan’ lagi ‘ana’ dan ‘akhi’ di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu ber'chatting' dengan akhi, tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lagi untuk mengusap rambut akhi, di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu selalu bermesej dengan akhi, tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti, ketika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati di waktu ini..

bukan ana tidak ingin memandang wajah akhi, tapi ana bimbang wajah ini tidak akan mampu lagi memberikan senyuman di setiap pagi, di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin memandang senyuman akhi, tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu, di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin menghadiahkan sesuatu untuk harijadi akhi, tapi bimbang andai hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk akhi, dan tidak lagi di hari-hari yang pasti..

akhi yakinlah, percayalah…

bukan ana tidak ingin mengatakan ana merindui pada akhi, tetapi rindu ketika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Ilahi.. kerana di saat ini bukan hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai akhi, tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada Ilahi, kerana ia bukan hari-hari yang pasti..

kerana ketika saat bukan di hari-hari yang pasti, ana tidak mahu agar hati ana dan akhi mati disebabkan cinta dan rindu yang tiada arti.. lalu mematikan hubungan ana atau akhi dengan ILAHI..hingga tiada lagi keberkatan antara hubungan kita disuatu hari yang pasti..

akhi, lihatlah sebentar hari-hari yang pasti..
ketika itu, andai ana jatuh, akhi mengulurkan tangan untuk memberi ana harapan..
ketika ana bersedih, akhi bersedia untuk tersenyum disisi dan menghibur..
ketika ana sendirian, akhilah teman..
ketika ana lalai, akhilah yang mengingatkan..
ketika itu, ana dan akhi..
bukan lah lagi ‘ana dan akhi..

kerana..
ia adalah hari-hari yang sudah pasti.
.di mana mahar sebagai bukti cinta antara kita didalam hati, akad sebagai saksi rindu kita selama ini..
berdoalah untuk hari-hari yang pasti,

hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran.. dan itulah jalan yang telah Islam berikan…

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahu’alam~


(http://pagisyawal.blogspot.com/2010/12/hari-hari-yang-pasti.html)

0 komentar:

maul's articles